Followers

Monday 26 September 2011

Pentingnya Anak-anak Menghormati Orang Tua

Pada pendapat saya, orang tua adalah orang yang hidup sebelum kita dilahirkan. Ibu bapa kita telah mendidik kita sejak kecil lagi supaya menghormati orang tua. Kita janganlah bercakap dengan suara yang kuat ketika bercakap dengan mereka. Kita hendaklah menolong mereka kerana sesetengah daripada mereka ada yang lemah dan ada yang sihat.
Dihasilkan oleh Liena. http://pmr.im/show.php?n=192291&nS=10430&t=pentingnya_anak-anak_menghormati_orang_tua_by_liena_virgo95.html

Hormat kepada orang tua memang menjadi amalan hidup masyarakat kita sejak zaman-berzaman.Sejak kecil lagi kita telah diasuh supaya menghormati orang yang lebih tua daripada kita.Yang dimaksudkan dengan hormat disini ialah kita mengucapkan salam apabila bertemu langsung bersalam,merendahkan suara apabila berbicara dengan mereka,tidak menunjukkan sikap sombong sebaliknya mempunyai sikap bersedia untuk menolong,membongkokkan badan apabila lalu di tengah-tengah kumpulan orang dan lebih mengutamakan orang-orang yang lebih tua.  

   Namun begitu,budaya seperti ini amat sukar hendak dikesani.Sebabnya masyarakat sudah begitu moden dan terpengaruh dengan cara hidup orang-orang Barat.Mereka lebih mementingkan nafsu dalam diri.Pengaruh media massa terutamanya televisyen banyak memberi kesan langsung kepada perubahan sikap generasi sekarang kurang menghormati orang tua.Hubungan kekeluargaan pula kian renggang. 


    Banyak faktor yang menyebabkan perubahan ini.Sifat-sifat jahat pada seseorang insan bukanlah diwarisi.Sifat ini wujud hasil hubungan masyarakat dengan alam sekitar.Jadi,faktor yang memainkan peranan ialah keluarga,sekolah,masyarakat, dan alam sekitar.  


    Setiap agama,amat melaknati anak yang derhaka kepada ibu bapa.Kisah Si Tanggang dapat dijadikan teladan.Oleh itu,anak-anak mesti membalas jasa ibu bapa dengan menghormati ibu bapa.Apabila kita menggembirakan hati mereka,ertinya kita telah menghormati mereka.Kejayaan kita dalam pelajaran sudah pasti menggembirakan ibu bapa.Apabila mereka gembira,pintu syurga akan terbuka untuk kita.  


    Jadi,sikap menghormati orang tua ini perlulah bermula di rumah seperti pepatah,kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bapa patutlah memberitahu anak tentang susah payah ibu mengandungkan dan melahirkan anak,kemudian mengasuh,menyusukan dan membesarkan mereka.  


    Cara begini akan mengajar anak-anak berfikir cara-cara membalas jasa ibu bapa.Anak-anak perlu diasuh duduk dan berdiri dengan sopan apabila berhadapan dengan orang tua.Anak-anak juga harus dilarang bertengkar dan bergaduh sesama sendiri.  


    Amalan menghormati orang tua semakin berkurangan.Amalan yang amat penting ini perlu dipupuk dan diamalkan semula.Setiap agama mengajar penganutnya mengamalkan kebaikan dalam pergaulan.Ajaran ini mestilah diamalkan sepanjang masa.



PUTERI NUR ATHIRA ELYANA BINTI ROSLAN

No comments:

Post a Comment