Followers

Friday 30 September 2011

KEPENTINGAN MENABUNG SEJAK KECIL

Menabung merupakan salah satu tabiat yang perlu dipupuk oleh kanak-kanak sejak kecil. Hal ini dDalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa “sediakan payung sebelum hujan”.

Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsip “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai lebah mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jemikian kerana,kita akan dapat menggunakan duit tersebut apabila diperlukan setelah kita menabung. Justeru itu, kita haruslah menabung untuk kebaikan bersama.       POST BY; NURUL ASMA IZWANI

KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Kitar semula barangan merupakan salah satu sikap yang perlu dipupuk oleh setiap warga Malaysia. Hal ini kerana untuk mengelakkan pembaziran dan mencemarkan alam sekitar. Justeru itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar kita supaya bersih dan tidak mengotorkannya.asalamualaikum dan selamat sejahtera.kitar semula barangan yang sudah terpakai adalah satu perbuatan yang baik.
Terdapat beberapa kepentingan kitar semula yang boleh kita perolehi . Antaranya ialah :

1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar . Apabila ramai dikalangan masyarakat yang
mengamalkan amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif .

2. Memupuk sikap berjimat cermat . Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada pengamalnya . Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.

3. Menceriakan persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Contohnya kita boleh menggunakan botol - botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga .

4. Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada .

5. Menambah pendapatan kita . Melalui amalan jual beli , kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak . Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia .

sekian



Post by; NURUL ASMA IZWANI

ANTARA MENTAATI ORANG TUA

Mentaati orang tua merupakan salah satu kewajipan yang perlu ada dalam diri seseorang. Hal ini demikian kerana, orang tua adalah orang yang tertua dan tidak berdaya untuk melakukan sesuatu perkara yang berat. Justeru itu, kita hendaklah membantu mereka dan sentiasa mentaati mereka dengan bercakap baik, bersopan santun dan sebagainya.
Pertanyaan: Telah diketahui bahwa seorang istri diharuskan menaati suaminya sebagaimana dalam hadits. Demikian pula dia diperintahkan untuk menaati kedua orang tuanya selama bukan berupa kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bagaimana hukumnya jika dua ketaatan ini saling bertentangan? Mana di antara keduanya yang didahulukan?
Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al Fauzan hafizhahullah menjawab:
Tidak diragukan bahwa seorang perempuan diperintahkan untuk menaati Allah Subhanahu wa Ta’ala dan diperintahkan menaati suaminya serta kedua orang tuanya selama itu adalah ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Adapun apabila dalam ketaatan kepada makhluk seperti bapak atau suami terdapat kemaksiatan kepada Al-Khaliq (Allah) maka itu tidak boleh. Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ketaatan itu adalah dalam hal yang ma’ruf.”
Dan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk (baik bapak atau suami) dalam hal bermaksiat kepada Allah.”
Tidak diragukan lagi bahwa kedua orang tua lebih didahulukan (dari manusia yang lain) dan hak ini datang setelah haknya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapak.” (An-Nisa: 36)
Maka hak kedua orang tua lebih didahulukan. Jika sang suami akan membawanya bermaksiat dan berbuat durhaka kepada kedua orang tua, maka seorang istri tidak boleh menaati hal tersebut. Karena hak kedua orang tua lebih didahulukan daripada hak suami. Jika sang suami menyuruh istrinya berbuat durhaka terhadap kedua orang tuanya maka istri tidak boleh menaatinya dalam hal tersebut karena perbuatan durhaka (kepada kedua orang tua) adalah kemaksiatan .             Post by; NURUL ASMA IZWANI

KEBURUKAN MAKANAN SEGERA

Makanan segera merupakan makanan yang tidak baik untuk tumbesaran kita membesar.Hal ini demikian kerana, terdapat sedikit bahan yang dicampurkan ke dalam makanan segera yang mengakibatkan ramai kanak-kanak menggemarinya. Justeru itu, kita hendaklah mengurangkan makan makanan segera secara berleb
Makanan segera ialah makanan yang paling disukai oleh golongan muda. Kanak-kanak juga menggemarinya. Terdapat banyak makanan ringan yang dijual di restoran dan gerai. Contoh makanan segera ialah burger, kentang goreng, pizza dan ayam goreng. Ada banyak keburukan makanan segera.
Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu, makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya.

Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti / kegendutan. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak dalam ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat menyebabkan berat badan seseorang itu
mudah menjadi gemuk.
Di samping itu, makanan segera juga menyebabkan perubahan gaya hidup. Kanak-kanak dan golongan muda akan hilang nilai ketimuran. Hal ini kerana kebanyakan makanan segera berasal dari Barat. Kanak-kanak dan golongan muda akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada makanan tempatan. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan perubahan gaya hidup.


Tambahan pula, makanan segera dapat mengganggu emosi. Ahli-ahli sains mendapati ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan ganas. Makanan manis seperti kek dan donut akan menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Makanan manis akan menaikkan paras gula darah. Kenaikan paras gula menyebabkan seseorang itu mudah letih dan mudah marah. Oleh itu, makanan segera dapat menyebabkan gangguan emosi. Dengan itu janganlah suka makan makanan segera.

Akhir sekali, makanan segera menyebabkan tumbesaran seseorang terencat/terganggu. Makanan segera bukan makanan seimbang. Makanan segera banyak mengandungi lemak dan garam. Contohnya, ayam goreng, pizza dan burger. Apabila makan makanan yang tidak seimbang, tumbesaran tubuh/badan akan terganggu.Berat badan tidak sepadan dengan umur. Badan akan menjadi tidak sihat dengan perut yang buncit. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan kerencatan tumbesaran tubuh seseorang.

Kesimpulannya, terdapat banyak keburukan / akibat / kesan makan makanan segera. Ibu bapa hendaklah pastikan anak-anak tidak mengambil terlalu banyak makanan segera. Pihak sekolah pula hendaklah menjelaskan keburukan makanan segera kepada murid-murid. Oleh itu, kita akan dapat melahirkan anak-anak yang sihat tubuh badan.
Rakyat sihat negara maju.      Post by; NURUL ASMA IZWANI
ihan.

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Gejala pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat amat berleluasa sehingga kini. Hal ini demikian kerana, segelintir masyarakat sering melakukan perkara maksiat bersama teman lelaki dan akan menggugurkan bayi tersebut lalu membuangnya di dalam tong sampah dan sebagainya. Justeru itu, terdapat beberapa langkah yang diambil untuk mengatasi gejala pembuangan bayi ini.Pembuangan bayi semakin mendapat perhatian serius daripada masyarakat. Dalam sesi parlimen baru-baru ini (29 Jun 2010), YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu mengemukakan soalan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, Dan Masyarakat mengenai isu ini dan mendapat jawapan bertulis daripada pihak kementerian. Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah:

(a) Berapakah kes pembuangan bayi daripada tahun 2005 – 2009 dan tindakan pihak Kementerian ke atas ibu bapa yang dikenal pasti terlibat dalam pembangunan bayi dan

(b) apakah tindakan lanjut yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi.

Untuk soalan pertama, mengikut statistic Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka dengan 2 dan 3 kes masing-masing.

Di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 317, ibu bapa yang terlibat melakukan pembuangan bayi boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-dua dan Seksyen 318 Kanun yang sama juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau dengan keduanya sekali bagi kesalahan membuang bayi yang telah mati.

Dalam soalan kedua, pihak kementerian menyatakan pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berperanan untuk menyelamat dan member perlindungan kepada bayi dibuang yang didapati masih hidup termasuklah melalui penyediaan tempat-tempat perlindungan kepada bayi-bayi tersebut. Kementerian mempunyai 55 buah institusi kebajikan, 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 55 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia menerima bayi-bayi tersebut yang memerlukan perlindungan. Selain itu, tindakan lanjut yang diambil oleh JKM terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 melalui Program Anak Pelihara.

Megikut kementerian, bayi yang tidak dituntut oleh ibu bapa akan ditawarkan untuk dijadikan anak pelihara kepada pemohon yang memohon anak pelihara. Tawaran akan dibuat bagi mereka yang benar-benar layak dan dapat member penjagaan dan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak serta berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM. Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan ibu bapa pelihara perlu memelihara kanak-kanak bagi tempoh dua tahun sebelum bayi dijadikan anak angkat sekiranya pemohon ingin berbuat demikian. Status anak pelihara akan kekal sekiranya ibu bapa pelihara enggan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat. Proses permohonan dan kelulusan untuk menjadikan kanak-kanak sebagai anak angkat adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Selain itu, kerjasama dengan NGO juga diwujudkan untuk menempatkan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun melalui Program Anak Pelihara. Pemantauan sentiasa dijalankan oleh JKM sama ada urusan penyerahan kanak-kanak tersebut dilaksanakan oleh JKM sendiri mahupun NGO untuk memastikan kanak-kanak diberi penjagaan dan perlindungan selaras dengan ketetapan Konvensyen Bagi Hak Kanak-kanak.             Post by; NURUL ASMA IZWANI

TIPS MENGHILANGKAN STRESS

Kita sering mengalami masalah stress yang sukar diubati. Justeru itu, terdapat beberapa tips untuk menghilangkan tekanan stress yang kita alami ini.
Setiap orang pasti pernah stress. Pada dasarnya, terdapat 2 jenis stress, yaitu stress positif dan stress negatif. Stress positif disebut juga sebagai motivasi. Kita perlu stress dalam jumlah sedikit untuk memacu kita melakukan sesuatu, tapi terlalu banyak stress justru membuat diri kita sakit. Saya ingin berbagi dengan pembaca cara menghilangkan stress.

  1. Istirahat sejenak
    Beban pekerjaan, tugas kuliah, tugas sekolah yang menumpuk memang sangat bikin stress, mana semua musti dikerjain. Nah, sebelum atau saat mengerjakan semuanya, ada baiknya semua dilupakan saja sesaat. Tinggalkan meja kerjamu sebentar dan lihatlah keluar, hirup udara segar, atau gerakkan otot yang kaku. Lakukan sejenak saja (jangan sampai melupakan pekerjaan), pasti anda akan merasa lebih segar.
    Otak manusia mempunyai rentang waktu konsentrasi (attention span) yang berbeda-beda pada setiap orang, namun pada manusia normal umumnya berkisar antara 5-15 menit (lebih singkat lagi jika anda melakukan pekerjaan yang membosankan). Setelah rentang waktu tersebut, otak anda akan “bosan” dan mencoba mencari hal lain yang lebih menyenangkan.
  2. Nikmati waktu senggang
    Saat libur atau waktu senggang, jangan memikirkan tugas atau beban. Nikmati waktu senggang dengan sebaik-baiknya untuk melakukan apa yang anda inginkan. Soal tugas dan pekerjaan, pikirkan belakangan saja, bisa dikerjakan saat pulang main.
    Dengan memberikan otak dan badan kesempatan untuk “melepaskan” diri, terutama jika anda melakukan olahraga, maka anda me-refresh diri anda sendiri, karena pada saat anda bergerak meski hanya jalan-jalan, tubuh anda mengeluarkan endorphine, alias hormon kesenangan.
  3. Konsultasi
    Terkadang anda dihinggapi rasa stress yang sangat berat, maka jalan terbaik adalah dengan membicarakannya dengan teman, kerabat, atau psikolog (jika stress anda cukup parah). Dengan membicarakannya, anda sedang mengurangi beban sendiri (dan mungkin yang diajak bicara mau ikut membantu anda meringankan pekerjaan).
Selain cara-cara di atas, ada sebuah cara yang tidak saya sarankan, karena sudah pernah saya coba dan hasilnya tidak terlalu bagus (tapi ini hanya opini saja):
  • Bermain game online
    Dengan bermain game online, mungkin anda merasa stress akan hilang, namun tidak selamanya begitu. Kemenangan dalam game adalah sebuah candu, menyebabkan anda berada di depan komputer terus dan melupakan pekerjaan anda. Selain itu, saat nasib anda tidak beruntung, malah stressnya bisa nambah.
Semoga tulisan ini bermanfaat.       POST BY; NURUL ASMA IZWANI

teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawab peperiksaan

Terdapat beberapa teknik untuk semua pelajar yang masih bersekolah untuk meningkatkan kepantasan samasa menjawab peperiksaan. Justeru itu, kita hendaklah mengikut teknik-teknik tersebut untuk memudahkan kita menjawab peperiksaan.
Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan.
Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan?
�Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).
Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).
Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti.
Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab�soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.
Selamat mencuba.       POST BY; NURUL ASMA IZWANI

PANDUAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH

Kesimpulannya, terdapat beberapa panduan yang kita ikuti sebelum memulakan perjalanan jauh untuk mengelakkan kemalangan.Biarpun berkelulusan universiti, tugas saya begitu mencabar. Bekerja di tengah lautan memakan masa sehingga dua minggu baru balik, menyelam hingga ke dasar laut yang tidak menentu dan tidak ketahuan apa yang bakal dihadapi. Semuanya dilakukan untuk menyara hidup sekeluarga. Apakah ada petua-petua tertentu bagi orang seperti saya yang perlu diikuti. - TAUFEK, Gombak


JAWAPAN:

Orang yang dalam perjalanan, tidak kira jauh atau dekat hakikatnya tidak berupaya menjangka apa yang akan berlaku. Mereka yang berjalan jauh tidak semestinya berhadapan dengan kesukaran, manakala mereka yang melakukan perjalanan dekat, yang sering dilakukan bukan mustahil berhadapan dengan masalah dan rintangan.

Segala-galanya bergantung kepada ketentuan Ilahi, yang lebih mengetahui rahsia qadak dan qadar-Nya. Amalan-amalan atau pedoman yang diajar dan dilakukan oleh baginda rasulullah merupakan iktibar yang perlu dijadikan panduan.

Apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan dalam batas-batas lingkaran syariah, ini bererti bahawa perlakuan tersebut merupakan ibadah. Dengan demikian, tingkah laku individu berkenaan itu terus-menerus terarah, dalam lingkaran batas-batas keredaan Allah, membolehkan seseorang itu terhindar daripada amalan-amalan maksiat, tidak meninggalkan ibadah harian yang diwajibkan, terutamanya ibadah sembahyang dan sebagainya, biarpun dia sedang berada dalam keadaan musafir.

Hadis daripada Anas berkata, seorang lelaki telah datang menemui nabi, lalu bertanya: Ya rasulullah, sesungguhnya aku hendak musafir, berilah bekalan padaku, nabi berdoa: Semoga Allah membekalkan dikau dengan takwa. Lelaki itu berkata lagi: Tambahkan lagi bekal bagiku. Baginda menambah: Semoga Dia mengampuni dosamu. Lagi sekali lelaki itu berkata: Tambahkan lagi. Baginda berdoa: Semoga Dia memudahkan kebaikan padamu, biar di mana anda berada. - Hadis Hasan riwayat Tarmizi.

Orang yang bertekad musafir perlu mendapat maklumat mengenai tempat yang dituju. Bagaimana mengendalikan pekerjaan yang akan dilakukan di tempat berkenaan. Andainya dia berniat menunaikan ibadat umrah misalnya, individu berkenaan perlu mendapat gambaran jelas tentang Mekah, Madinah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan ibadah itu sendiri.

Ini bererti bahawa dia memerlukan sumber untuk mendapatkan maklumat mengenainya, ataupun orang yang arif mengenainya. Begitu juga halnya dengan mereka yang melakukan perjalanan ke tempat-tempat lain, tidak kira sama ada pemergian tersebut semata-mata untuk bercuti, melancong ataupun untuk bekerja, menjalankan tugas kerajaan atau persendirian. Tentunya pemergian seperti ini memerlukan tindakan yang perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan negara berkenaan.

Orang yang melakukan perjalanan jauh, yang memakan masa yang panjang, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pasti masalah yang mungkin dihadapi juga bila waktu dia akan balik menemui kaum keluarga dinasihatkan agar:

1. Memperbanyakkan istighfar, taubat dan memohon perlindungan atau pertolongan Allah s.w.t.

2. Melakukan sembahyang istikharah sebelum itu, sekiranya tidak pasti sama ada dia perlu pergi atau tidak.

3. Melengkapkan diri dengan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tempat yang dituju dan menyempurnakan segala keperluan yang berkaitan.     Post by: NURUL ASMA IZWANI

CARA MENGHORMATI GURU DI SEKOLAH

Guru merupakan orang yang paling bermakna untuk semua pelajar.Hal ini demikian kerana, guru telah banyak mengajar kita sehinggalah kita mencapai ke menara gading. Justeru itu, kita hendaklah menghormati guru yang telah banyak berkorban masa untuk mengajar kita di sekolah.Tugas guru ialah mengajar di sekolah.Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. .Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menghargai jasa guru.

Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka.. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Dengan ini pelajar dapat membuat pembetulan.. Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh,mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme,vandalisme,ponteng sekolah,melepak dan lain-lain. Oleh itu,jadilah pelajar yang berdisiplin.

Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei.

Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya.

Sesungguhnya,guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu,setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita membenci guru kerana sikap ini tidak bermoral.      POST BY: NURUL ASMA IZWANI

Kebersihan menjaga tandas awam

Kebersihan tandas awam  hendaklah di jaga oleh seluruh rakyat Malaysia .Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan tandas tersumbat oleh tisu-tisu dan sebagainya. Justeru itu, periharalah tandas awam dengan sebaik mungkin.MARILAH kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar taqwa, dengan mengerjakan segala apa jua suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa jua larangan-Nya. Dengan cara ini kita pasti mencapai ketenangan, keselamatan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Kesihatan adalah nikmat yang sangat berharga dan sepatutnya disyukuri dan dijaga dengan sebaik-baiknya. Tiada siapa pun yang mahu dirinya menderita sakit bahkan setiap orang mahu sihat walafiat sepanjang masa. Kerana itu sering dikatakan bahawa memiliki tubuh badan yang sihat adalah lebih berharga daripada memiliki harta yang banyak. Kesihatan sangat berkait rapat dengan kebersihan, baik kebersihan hati dan jiwa, mahupun kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal, tempat awam dan alam sekitar.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala amat suka kepada orang yang sentiasa dalam keadaan bersih sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Baqarah ayat 222 tafsirnya :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri".

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Malik Al-Asyarie berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi : Suci itu sebahagian daripada iman"(Riwayat Al-Imam Muslim)

Melihat betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan manusia, maka agama Islam amat menitikberatkan kebersihan rohani mahupun jasmani. Kebersihan merupakan faktor yang utama sebelum melakukan sebarang pekerjaan khususnya sebelum melakukan ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala. Contohnya sebelum melakukan ibadat sembahyang, kita diwajibkan berwuduk terlebih dahulu dan ketika sembahyang kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih tubuh badan, pakaian dan tempat kita bersembahyang.

Perlu diingat bahawa kebersihan rohani juga memainkan peranan yang amat penting kerana dengan hati yang bersih sahajalah kita akan menjadi manusia yang berakhlak mulia dan berkeperibadian terpuji dan sentiasa bersedia menjaga kebersihan diri, makan minum, pakaian, tempat tinggal dan juga tempat-tempat awam.

Dalam konteks kebersihan ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun 1427 Hijrah bersamaan 2006 Masihi, antara petikannya seperti berikut :

"Sekarang sudah terbukti bahawa wabak-wabak penyakit adalah turut berkaitan dengan faktor kebersihan. Kerana itu, di mana juga terdapat pencemaran atau keturunan yang teruk, di situlah amat berpotensi untuk menyebabkan wabak-wabak penyakit.

Berasaskan ini, maka adalah wajar kita di Negara Brunei Darussalam ini turut melihat perkara kebersihan itu sebagai perkara yang diberikan keutamaan.

Barangkali, terdapat pihak yang memandang perkara ini remeh dan tidak perlu dibesarkan. Pada hemat beta, ia bukanlah remeh tetapi asasi dan merupakan satu ciri revolusi sosial yang mendesak.

Biasanya, kebersihan itu sangat ditekankan untuk tempat-tempat awam seperti pasar-pasar. kaki-kaki lima di kedai-kedai, jalan raya, tempat-tempat membeli belah, termasuklah kedai makan dan restoran".

Ke arah usaha merealisasikan suasana dan keadaan bersih ini berjalan di negara kita, maka semua pihak perlu peka dan mempunyai inisiatif serta turut terlibat dalam apa jua usaha yang hendak dilaksanakan.

Pihak kerajaan dalam usahanya memastikan kebersihan tempat-tempat makan khususnya restoran-restoran, bahagian kawalan kualiti dan keselamatan makanan di Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pihak Lembaga Melesen telah pun mengambil inisiatif memantau status kebersihan di restoran-restoran di seluruh negara. Mana-mana restoran yang didapati tidak menjaga kebersihan mengikut yang ditetapkan akan diambil tindakan dengan diberi notis untuk menutup dan memberhentikan perniagaan.

Yang sebenarnya kita mahu semua aspek dalam keadaan bersih kerana kebersihan itu menjadi faktor utama kepada kesihatan. Tetapi pada kali ini biarlah kita memfokuskan tentang tandas awam kerana semua orang tahu tandas adalah tempat yang mudah terdapat kekotoran, apatah lagi jika tiada penjagaan dan sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab, maka setentunya akan menimbulkan suasana yang tidak baik, kotor dan berbau busuk yang menyebabkan pengguna sendiri tidak sanggup untuk menggunakannya.

Maka bayangkan jika keadaan seumpama ini berlaku di tandas masjid, sudah tentu akan menimbulkan masalah dan ketidakselesaan kepada jemaah yang hendak menggunakannya.

Oleh yang demikian, sikap seorang individu itu adalah memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan membudayakan masyarakat pembersih suka kepada perkara-perkara yang baik dan benci kepada benda-benda yang kotor. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk bersama-sama pada menjaga kebersihan tandas-tandas awam termasuklah tandas-tandas masjid iaitu menggunakan dengan betul dan teratur walaupun terdapat pekerja yang membersihkan tandas-tandas berkenaan pada setiap masa agar kebersihan sentiasa terjamin demi kebaikan dan keselesaan bersama.

Firman Allah Subhanhu Wataala dalam Surah At Taubah ayat 108 tafsirnya :

"Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka mengambil berat membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)".       Post by: NURUL ASMA IZWANI

cara-cara manceriakan kawasan sekolah

Kawasan sekolah merupakan tempat untuk kita menimba ilmu. Justeru itu, kita hendaklah menjaganya supaya ia kelihatan bersih dan mudah difahami ketika guru mengajar kerana kawasan sekolah yang begitu indah.Terdapat beberapa cara untuk menceriakan kawasan sekolah .
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai  pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan  untuk menceriakan kawasan sekolah.
Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah  mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.  Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.
Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Dalam situasi ini,  pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.
Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.
Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu.  Melalui aktiviti ini,  setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi.  Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan.  Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin.  Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga  kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.
Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program  3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian  kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan  dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut.  Hal ini akan  memangkinkan semangat pihak sekolah  untuk memastikan program berjaya diadakan.  Sebagai impaknya,  program 3K perlu diadakan di sekolah.
Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.       Post by: Nurul Asma Izwani

CARA MENGHILANGKAN MENGANTUK SEMASA STUDY

Mengantuk merupakan tabiat pelajar di dalam kelas sewaktu guru mengajar. Hal ini demikian kerana, pelajar suka berjaga malam dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berbual kosong dan sebagainya. Justeru itu, kita hendaklah menangani sikap pelajar ini dengan tidur awal selepas membuat kerja1. Tiada Minat dan Tidak Bersemangat!

Kalau kita study kerana terpaksa, minat tidak akan ada… yang ada hanyalah perasaan negatif yang menyebabkan rasa mengantuk! Semangat akan hilang dan yang tinggal hanyalah mata yang kuyu dan layu!

Penyelesaian : Betulkan niat dan mind setting anda sebelum memulakan study. Tetapkan matlamat untuk study dgn semangat dan buat-buatlah minat selama 10 minit. Lepas tu percayalah, minat yg dibuat-buat dan semangat yg membara itu akan membawa anda study lebih lama dan jauh!

2. Study Sesudah Makan

Lepas makan kita akan bertenaga, betul tak? Salah! Lepas makan tenaga kita akan tertumpu kepada proses penghadaman. Dan ini mengakibatkan tenaga kita berkurangan dan fokus di minda turut menjunam! Akhirnya, mata pun menuntut keadilan! (Mengantuk le tu…)

Penyelesaian : Pegilah makan awal sikit… Pastikan anda tidak study sebaik tamat anda makan. Bagilah masa sikit untuk perut anda melakukan tanggungjawabnya… Lebih kurang 1 jam atau 1 jam setengah selepas itu, study lah bersungguh-sungguh!


3. Situasi dan Posisi yang salah.


Tempat yang anda pilih perlulah sesuai untuk belajar. Dan cara anda duduk juga memainkan peranan yang penting. Kalau dah belajar dalam tempat yang sejuk sampai tahap nak tertidur… dan baca buku pulak dalam keadaan baring, memang pastilah kita akan terlelap!

Penyelesaian : Carilah tempat yang sesuai untuk study. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Dan duduklah dengan betul supaya aliran darah dan oksigen dalam tubuh badan anda segar dan menyegarkan mata anda daripada mengantuk           POST BY: NURUL ASMA IZWANI.

KEBAIKAN MAKANAN SEIMBANG

Pemakanan seimbang merupakan yang baik untuk rakyat Malaysia. Justeru itu, kita hendaklah mengamalkan pemakanan seimbang setiap hari untuk mengelakkan daripada masalah kegemukan dan lain-lain.
Amalkan pemakanan yang seimbang
Salam semua. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Sumber dari berita harian
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun masih ramai yang tidak mengambil perkara ini secara serius  sehingga ditimpa penyakit-penyakit popular seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat dan kurang bersenam.
Amalkan beberapa tips diet seimbang ini insyallah kita beroleh kesihatan yang maksimum.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah
Buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri. Zik pun tak sure, vitamin apa.
2. Banyakkan juga memakan Kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat,
perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.
Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.
Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buahbuahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan kita.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.
Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam)
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis)
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
POST BY: NURUL ASMA IZWANI.

Berbakti kepada ibu dan bapa

Ibu bapa merupakan insan yang teragung dikurniakan oleh Allah. Justeru itu, kita hendaklah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita yang telah mendidik, mengasuh dan mengajar kita sehinggalah besar.

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.  Post by: Nurul Asma Izwani

Thursday 29 September 2011

Gejala merokok dalam kalangan remaja

Merokok merupakan tabiat yang tidak yang kita ikuti oleh kalangan remaja. Justeru itu, kita hendaklah menjauhi kerana ia akan menyebabkan paru-paru kita akan hitam dan mudah dihasut oleh godaan syaitan.Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.        Post by: NURUL ASMA IZWANI

Kebaikan dan keburukan Internet

Terdapat  beberapa kebaikan dan keburukan Internet dalam kehidupan kita.Justeru itu, kita hendaklah memanfaatkan Internet dengan sebaik mungkin dan bukan menyalahinya seperti membuka gambar menjolok mata dan sebagainya.Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

Kesimpulan:
Internet merupakan senjata era globalisasi. Kita hendaklah pandai menggunakan Internet dengan tujuan yang baik.                      Post By: Nurul Asma Izwani

Kebaikan membaca buku

Sikap membaca buku dalam kalangan masyarakat hendaklah dipupuk sejak kecil .Hal ini demikian kerana,kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat kemahiran berfikir untuk membuat karangan dalam Bahasa Melayu.Justeru itu, kita haruslah menjadikan sikap membaca buku sebagai amalan harian kita setiap masa.
Biasanya ini antara soalan yang ditanya oleh lecturer saya dulu di UM berkaitan ttg dunia akademik. Orang yang banyak baca adalah orang yang banyak mengetahui dan memahami. Seterusnya membawa perubahan kepada dunia dan masyarakat. Saya bersetuju bahawa membaca itu sebenarnya adalah jambatan ilmu.. Suatu yang harus dipraktikkan oleh semua pemimpin, semua usahawan dan semua pendakwah Islam. Malah al-Quran bermula dengan ayat pertamanya dengan Iqra' iaitu bacalah... bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan..
Kebaikan menjadikan membaca sebagai satu budaya adalah cukup bagus daripada melepak tak tentu pasal atau membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Walaupun kita x sempat nak baca 1 buku sebulan maka cukuplah kita menggunakan teknologi internet ini utk explore dunia ilmiah dan sumber² bacaan dengan cara yang lebih konsisten. Saya rasa kita patut menggunakan RSS reader spt Google Reader, Bloglines, Netvibes, Newsgator dan pelbagai jenis lagi.
Sebagai contoh saya menjadikan Google Reader sebagai pemudah cara memaparkan berita dan info artikel penting setempat yang cukup praktikal di baca.. Sepertimana orang baca paper tiap² pagi begitulah rutin saya membaca RSS Feed di dalam Google Reader untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan yang penting. Contoh blog & web yang boleh di'baca' mudah di dalam Google Reader tanpa bersusah-payah membuka url web tersebut.
Anda boleh subscribe seberapa banyak RSS Feed website atau blog yang anda minat dan membacanya bagi menambah pengetahuan. Saya selalunya banyak membaca rss feed berkaitan dunia webmaster, design & programming, management & marketing serta beberapa rss berkaitan motivasi, agama, politik, ekonomi dan lain-lain yang boleh membantu menjadikan diri kita sebagai insan yang berinformasi.
Mmg sekarang ni saya x sempat nak beli buku... kecuali ebook yang boleh di download dari amazon atau mentor² internet marketing. Ia masih lagi sumber pengetahuan penting saya selain daripada buku konvensional.
Apapun kita perlu membaca supaya tidak ketinggalan ke belakang.. Ada juga segelintir rakan-rakan seperjuangan saya terutamanya webmaster atau designer yang terperuk di workstation berjam-jam dan berhari lamanya banyak ketinggalan dari arus media perdana krn sibuk kerja semata-mata. Bila keluar dan bersosial mereka seperti 'lost' kerana tiada sumber cerita utk bersembang selain dari soal design atau web.. So sebab itulah pentingnya juga Google Reader ini membantu kita untuk 'menangkap' cerita-cerita dan bahan ilmiah untuk dibaca. Sekian, terima kasih.           POST BY: NURUL ASMA IZWANI

Kempen cintailah sungai kita

Sungai merupakan perkara asas kepada manusia dan hidupan untuk hidup.Hal ini demikian kerana,sungai akan membekalkan oksigen kepada badan dan membantu hidupan- hidupan untuk hidup di dalam sungai. Justeru itu, kita sebagai warga Malaysia hendaklah menjaga dan memelihara sungai supaya tidak dicemari oleh sisa-sisa toksik.Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian Malaysia telah melancarkan di peringkat
nasional Kempen “Cintailah Sungai Kita” pada awal Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal
untuk,;

* Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagimenimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai
* Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi sungai
* Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.
* Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.
* Bahagian Kejuruteraan Sungai, Ibu Pejabat JPS Malaysia telah dipertanggungjawabkan bagi menyelaras dan memantau perjalanan program ini.


2.0 LATARBELAKANG

2.1 Kempen Fasa I
Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak
tahun 1993 ialah;

* Sungai Angkat
* Pemerhatian Sungai
* Pendidikan & Ceramah,
* Expedisi Sungai dan
* Pengindahan Sungai


2.2 Kempen Fasa II
Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema ‘Pencegahan Asas Pemulihan’, Fasa II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro aktif telah diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan pengurusan sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan pegawai-pegawai berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan sungai yang lebih mapan merangkumi aspek pengurusan, perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil disetiap negeri dan daerah
adalah seperti berikut:

* Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai(Task
* Force).
* Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca
* pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai.
* Memperkenalkan undang-undang/akta-akta yang sedia ada bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan
*

Penerbitan Brosur
- Penanaman pokok-pokok yang sesuai di tebing sungai(1997)
- Penciptaan sungai yang kaya dengan alam semulajadi(1997)
- ‘Creation of Nature Rich Rivers’(1997)

Penerbitan Buku
- ‘Rivers – Towards The Making of Rivers Rich In Nature’(1996)
- Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai(1998)

Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah seperti berikut:

* Perlis
* Kedah
* Pulau Pinang
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Selangor


2.3 Kempen Fasa III
Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal dan juga orang ramai khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan tadahannya. Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri telah dibuat dengan mejemput beliau bagi melancarkan Kempen pada tahun ini. Program kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan ditambah dengan aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan Sungai , Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan, di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa II.

Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu;

* Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai
* di kalangan setiap lapisan rakyat jelata.
* Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan
* proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai.
* Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai.


3.0 KEPERLUAN PROGRAM
Sungai memainkan peranan penting bagi sesuatu kawasan tadahan malah menjadi nadi kehidupan kerana air adalah keperluan kehidupan yang utama. Di samping itu, sungai juga berpotensi sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan. Pembangunan pesat yang berlaku masa sekarang telah menimbulkan masalah kepada rakyat seperti banjir, kekurangan sumber air dan yang lebih teruk lagi ialah kemusnahan kepada alam sekitar iaitu flora dan fauna. Oleh itu, satu pelan pengurusan sungai yang komprehensif dan lengkap adalah diperlukan untuk memastikan keseimbangan pembangunan persekitaran dan kawasan
tadahannya.

4.0 SKOP PROGRAM
Objektif program ini adalah untuk merumus dan menghasilkan sebuah pelan pengurusan yang lengkap untuk Lembangan Sungai yang dipilih merangkumi komponen-komponen seperti berikut;
4.1 Pengurusan Sungai
Merumus Pelan Pengurusan Sungai yang merangkumi pelan pengurusan dan pembangunan koridor sungai, pelan pengurusan dan pemantauan kawasan tadahan, pelan pembangunan kawasan rekreasi dan pelan pemulihan dan pemeliharaan sungai. Ini termasuklah cadangan rizab atau koridor sungai yang
diperlukan.
4.2 Pelan Pengurusan Persekitaran Sungai
Membentuk dan merumuskan pelan persekitaran sungai
yang merangkumi aspek pencemaran sungai dengan mengenalpasti dan mengkaji punca pencemaran dari titik punca(point source) dan bukan titik punca(non-point source). Pelan ini juga akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan dan sistem-sistem rawatan bagi mempertingkatkan kualiti air sungai ke tahap yang sesuai untuk kegunaan masyarakat dari segi bekalan domestik dan kemudahan rekreasi sungai.
4.3 Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah mengugatkan kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan berbagai bentuk aktiviti komersial telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula suasana ini diburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak mematuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Masyarakat sudah mula membelakangkan fungsi dan kepentingan sungai terhadap kehidupan seharian mereka. Berbagai kemusnahan demi kemusnahan telah dilakukan kepada sungai yang mana telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari segi kualiti air dan bermacam lagi kemusnahan. Oleh itu,satu program kesedaran masyarakat
berbentuk pendidikan dan penglibatan masyarakat perlu dirangka agar semangat
cintakan kepada penjagaan sungai boleh dipupuk dari masa ke semasa.
5. Aspek-aspek Perundangan
Menyemak, mengkaji dan mengubal semula struktur perundangan sediada dan mencadangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan satu undang-undang/akta yang menyeluruh mengandungi semua aspek contohnya ‘River Laws’ yang lebih berkesan terhadap pelan pengurusan kawasan tadahan dan kawalan sungai.

6. Sistem Maklumat Geography(GIS)
Pelan yang dicadangkan seboleh-bolehnya merangkumi keseluruhan maklumat agar sistem maklumat ini dapat digabungkan kepda sistem Maklumat Lembangan Sungai(RBIS) yang sedia ada di Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS).

7. Imbuhan atau Insentive
Merangka dasar-dasar berbentuk imbuhan atau intensive yang boleh diberikan kepada
individu, syarikat dan pemaju yang telah menjalankan kaedah pemulihan dan penjagaan sungai seperti;

* mengurangkan kadar caruman perparitan ‘drainage contribution’.
* membekalkan tong sampah atau memberi khidmat mengangkut sampah domestik bagi kawasan di luar kawasan perbandaran.
* menjalankan kerja-kerja pengindahan dan meningkat taraf kemudahan infrastruktur di kampung berkenaan.


8. Program Peningkatan Kesedaran Masyarakat
Menentukan dan merangka program pendidikan kepada setiap
peringkat masyarakat dengan melibatkan mereka dengan program-program yang
dijalankan seperti;

Masyarakat

* Mengujudkan satu Pusat Pengembangan Masyarakat “Community Center’ di mana masyarakat dapat berkumpul, berbincang dan menjalankan aktiviti mengenai program pembangunan sungai di kampung tersebut.
* Program pembangunan kawasan
* Menggalakkan program Sungai Angkat
* Menganjurkan program Ekspedisi Sungai
* Menjadikan masyarakat sebagai pelapor sekiranya terdapat
* sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang

Pelajar Sekolah

* Menggalakkan penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah yang berhampiran dengan sungai.
* Mengadakan program pemantauan kualiti air sungai atau program pendidikan ‘riverwatch’ dengan melibatkan pelajar-pelajar dalam teknik pengukuran parameter kualiti air. Dengan cara ini, para pelajar lebih memahami jenis-jenis pecemaran dan kesannya.
* Berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengubal dan mengujudkan sukatan mata pelajaran yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar khususnya sungai.
POST BY: NURUL ASMA IZWANI

Langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya sering berlaku apabila menjelangnya musim perayaan.Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut dan mengakibatkan kesesakan jalan raya.Justeru itu, kita hendaklah berganding bahu dalam mengatasi kemalangan jalan raya yang berleluasa ini.Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.   POST BY: NURUL ASMA IZWANI

langkah mengatasi gejala buli

Gejala buli di Malaysia sering meningkat dari semasa ke semasa.Hal ini, akan mewujudkan banyak gangsterisme dalam kalangan masyarakat.Oleh itu, kita hendaklah berganding bahu dalam mengatasi gejala buli ini.. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.

4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.

5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.


Post by; Nurul Asma Izwani

Monday 26 September 2011

Langkah-Langkah Bagi Mengelakkan Diri Daripada Jenayah Ragut

Pada pendapat saya, kes meragut semakin meningkat pada masa sekarang ini. Kes meragut ini berpunca daripada orang dewasa yang tidak mempunyai pekerjaan. Kebanyakan mangsa diragut ialah kaum wanita. Sesetengah wanita lalai ketika membawa beg tangan. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan peragut.
Dihasilkan oleh Cikgu Hasanah. http://cikgu-hasanah.blogspot.com/2011/04/karangan-bergambar-ragut.html

Sejak dua tiga tahun belakangan ini kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi khususnya jenayah ragut.Jenayah ini paling ketara berlaku di bandar-bandar besar. dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.Yang lebih membimbangkan ada kalangan mangsa jenayah ragut kehilangan nyawa sebagai akibat kerakusan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan. Oleh itu,beberapa langkah perlu diambil untuk mengurangkan jenayah ini.

Pertamanya,kaum wanita disaran agar tidak membawa beg atau tas tangan dan memakai barang kemas yang banyak ketika keluar bersiar-siar atau membeli-belah di gedung-gedung perniagaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga yang lain.Cukuplah dengan membawa dompet kecil yang dapat disimpan di dalam saku pakaian agar tidak mudah dilihat.


Seterusnya,jika anda benar-benar perlu membawa beg tangan,jangan sekali-kali menyimpan wang yang banyak di dalamnya. Pastikan bahawa anda membawa wang yang secukupnya saja.Jika ada kad kredit,gunakanlah untuk berurusan sama ada untuk membeli-belah atau membayar bil-bil utiliti,tetapi perlu diingat bahawa penggunaan kad kredit memerlukan disiplin diri yang tinggi. Walaupun cara ini menyulitkan,namun cara ini dapat menjamin keselamatan diri.


Seperkara lagi,kaum wanita juga diingatkan agar tidak melalui kawasan yang sunyi atau laluan yang menjadi tumpuan penjenayah ragut.Gunakan laluan yang menjadi pilihan orang ramai. Laluan yang menjadi tumpuan orang ramai jarang-jarang menjadi kawasan sasaran penjenayah.Hal ini dapat dibuktikan apabila kebanyakan kes ragut yang berlaku di negara kita terjadi di kawasan laluan sunyi. 


Secara tuntasnya,kegiatan jenayah ragut harus diberantas segera sebelum jenayah ini merebak ibarat penyakit barah yang menyerang. Hal ini sekali gus dapat menenangkan hati orang ramai terutamanya kaum wanita yang terpaksa keluar rumah untuk bekerja,membeli-belah atau kerana urusan lain.



PUTERI NUR ATHIRA ELYANA BINTI ROSLAN

Faktor-faktor Pelajar Ponteng Sekolah

Pada pendapat saya, gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar semakin meningkat. Sesetengah pelajar ponteng sekolah untuk pergi ke siber kafe. Ada pelajar yang tersilap memilih kawan yang membawa perkara negatif kepada kita. Oleh itu, kita janganlah terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Dihasilkan oleh Syaiela. http://pmr.im/show.php?n=802461&nS=15480&t=faktor-faktor_pelajar_ponteng_sekolah_by_syAieLa.html

Semakin banyak kes-kes yang melibatkan pelajar sekolah. kes yang paling ketara di bincangkan kini ialah kes ponteng sekolah. Banyak faktor yang boleh di kaitkan dalam kes tersebut.

     Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Sebilangan pelajar tidak mengetahui bagaimana untuk memilih rakan sebaya yang mempunyai akhlak yang baik dan positif.

     Kita juga tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri pelajar sendiri. Sikap mereka yang suka memberontak dan mencuba apa yang rakan mereka lakukan.

     Seterusnya ialah masalah keluarga. Ibu bapa yang sering bergaduh di depan anak-anak boleh mempengaruh emosi mereka. Pelajar akan berasa tidak selesa dan terganggu. Ia akan menyebabkan pelajar malas untuk belajar.

     Selepas itu, pengaruh media massa juga menjadi salah satu punca utama kini. Hiburan media massa seperti internet, filem-filem dan majalh-majalah luncah memberi pengaruh hebat kepada pelajar. Kemudahan yang paling di genari pelajar ialah kafe siber yang menyediakan komputer serta internet dan permainan yang boleh melalaikan pelajar.

     Oleh itu, ibu bapa, guru, masyarakat sekeliling haruslah bersatu padu untuk menyelamatkan generasi akan datang daripada gejala ponteng sekolah.

PUTERI NUR ATHIRA ELYANA BINTI ROSLAN

aku Sebuah basikal

Ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki sebuah basikal untuk bersiar-siar dan beriadah sesama rakan dan keluarga.Oleh itu, kita perlulah menghargai setiap benda yang kita miliki.

Aku berasal dari ’Negara Matahari Terbit“. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar.
Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan pleastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain
dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh
seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu,
aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa
aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan
baktiku kepada orang Malaysia.
Dipetik daripada Contoh Karangan

Post by:Nur Izzati

Gotong-royong

Pada pendapat saya, gotong-royong adalah amalan yang mulia. Gotong-royong dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Kita boleh melakukan gotong-royong di taman permainan kita. Kita boleh mengajak jiran-jiran kita bergotong-royong membersihkan taman permainan. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan sikap bergotong-royong.
Dihasilkan oleh Azam. http://azam09.blogspot.com/2010/05/karangan-rangsangangotong-royong_31.html

Aktiviti bergotong-royong telah diamalkan oleh masyarakat di negara kita sejak dahulu lagi.Terdapat banyak kebaikan jika amalan ini diamalkan oleh kita.

Antara kebaikannya ialah kita dapat mempercepat sesuatu kerja berbanding jika dilakukan secara bersendirian.Hal ini demikian kerana sesuatu tugasan kebiasannya dilakukan dalam jumlah yang ramai.

Selain itu, melalui aktiviti ini juga kita dapat menjimatkan kos dan masa untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.Sebagai contoh, kita tidak perlu membayar upah kepada mereka sekiranya melakukan kerja secara goton-royong .

Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan di sesuatu kawasan perumahan.Tamsilnya, kita dapat mengenali dengan lebih rapat lagi jiran-jiran kita semasa menjalankan aktiviti ini.

Tuntasnya,kita haruslah terus menghidupkan budaya mulia ini agar amalan ini dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.



PUTERI NUR ATHIRA ELYANA BINTI ROSLAN

Pentingnya Anak-anak Menghormati Orang Tua

Pada pendapat saya, orang tua adalah orang yang hidup sebelum kita dilahirkan. Ibu bapa kita telah mendidik kita sejak kecil lagi supaya menghormati orang tua. Kita janganlah bercakap dengan suara yang kuat ketika bercakap dengan mereka. Kita hendaklah menolong mereka kerana sesetengah daripada mereka ada yang lemah dan ada yang sihat.
Dihasilkan oleh Liena. http://pmr.im/show.php?n=192291&nS=10430&t=pentingnya_anak-anak_menghormati_orang_tua_by_liena_virgo95.html

Hormat kepada orang tua memang menjadi amalan hidup masyarakat kita sejak zaman-berzaman.Sejak kecil lagi kita telah diasuh supaya menghormati orang yang lebih tua daripada kita.Yang dimaksudkan dengan hormat disini ialah kita mengucapkan salam apabila bertemu langsung bersalam,merendahkan suara apabila berbicara dengan mereka,tidak menunjukkan sikap sombong sebaliknya mempunyai sikap bersedia untuk menolong,membongkokkan badan apabila lalu di tengah-tengah kumpulan orang dan lebih mengutamakan orang-orang yang lebih tua.  

   Namun begitu,budaya seperti ini amat sukar hendak dikesani.Sebabnya masyarakat sudah begitu moden dan terpengaruh dengan cara hidup orang-orang Barat.Mereka lebih mementingkan nafsu dalam diri.Pengaruh media massa terutamanya televisyen banyak memberi kesan langsung kepada perubahan sikap generasi sekarang kurang menghormati orang tua.Hubungan kekeluargaan pula kian renggang. 


    Banyak faktor yang menyebabkan perubahan ini.Sifat-sifat jahat pada seseorang insan bukanlah diwarisi.Sifat ini wujud hasil hubungan masyarakat dengan alam sekitar.Jadi,faktor yang memainkan peranan ialah keluarga,sekolah,masyarakat, dan alam sekitar.  


    Setiap agama,amat melaknati anak yang derhaka kepada ibu bapa.Kisah Si Tanggang dapat dijadikan teladan.Oleh itu,anak-anak mesti membalas jasa ibu bapa dengan menghormati ibu bapa.Apabila kita menggembirakan hati mereka,ertinya kita telah menghormati mereka.Kejayaan kita dalam pelajaran sudah pasti menggembirakan ibu bapa.Apabila mereka gembira,pintu syurga akan terbuka untuk kita.  


    Jadi,sikap menghormati orang tua ini perlulah bermula di rumah seperti pepatah,kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bapa patutlah memberitahu anak tentang susah payah ibu mengandungkan dan melahirkan anak,kemudian mengasuh,menyusukan dan membesarkan mereka.  


    Cara begini akan mengajar anak-anak berfikir cara-cara membalas jasa ibu bapa.Anak-anak perlu diasuh duduk dan berdiri dengan sopan apabila berhadapan dengan orang tua.Anak-anak juga harus dilarang bertengkar dan bergaduh sesama sendiri.  


    Amalan menghormati orang tua semakin berkurangan.Amalan yang amat penting ini perlu dipupuk dan diamalkan semula.Setiap agama mengajar penganutnya mengamalkan kebaikan dalam pergaulan.Ajaran ini mestilah diamalkan sepanjang masa.



PUTERI NUR ATHIRA ELYANA BINTI ROSLAN