Followers

Thursday 28 April 2011

Kebaikan Iklan Kepada Pengguna

Dunia pengiklanan cukup luas dan mencabar. Sering kali kita disogokkan dengan kepelbagaian kaedah pengiklanan dan kepelbagaian produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Tidak dinafikan pengaruh iklan kepada pengguna, namun terdapat kebaikan yang diperoleh pengguna di sebalik paparan iklan-iklan tersebut.

    
    Keghairahan dunia pengiklanan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pemilihan yang terbaik. Pengguna berhak memilih produk atau perkhidmatan yang berkualiti, berbaloi dari segi harga agar alah membeli, menang memakai.
    
    Selain itu, pengguna dapat mengetahui sebarang peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui ruangan iklaneka di akhbar atau melalui radio dan televisyen. Mereka tidak perlu memanjat tangga ke setiap syarikat untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan minat sendiri.
    
    Tuntasnya, iklan amat berguna kepada kita sebagai pengguna. Namun, kita perlu berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan daya kreativiti para pengiklan untuk menarik pelanggan.

Faedah Kitar Semula

    Dianggarkan melebihi satu ribu tan sampah yang dipungut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23 Disember 2007. Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara Malaysia. Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnya? Oleh itu, saranan kerajaan agar kita mengamalkan amalan kitar semulaperlu dicakna bersama.
    
    Antara faedah amalan kitar semula ialah dapat mengurangkan pencemaran. Barangan seperti kaca, surat khabar lama, tin dan plastik dapat diguna pakai semula selepas melalui proses tertentu. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak negatif kepada kualiti udara yang kita sedut setiap hari.
    
    Bukan itu sahaja, kita juga dapat melindungi hutan di negara kita. Proses kitar semula surat khabar dan kertas lama sudah tentu dapat menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas baru untuk kegunaan seharian. Di samping itu, kita sebagai pengguna akan dapat memperoleh wang tambahan daripada hasil jualan barangan kitar semula.
   
    Melalui amalan kitar semula juga, kawasan pelupusan sampah dapat dikurangkan. Sisa-sisa domestic yang dipungut setiap hari akan dibawa ke tapak pelupusan sampah membabitkan penggunaan berekar-ekar tanah. Jelaslah di sini, usaha bersama dalam menjayakan kitar semula akan dapat megurangkan kawasan pelupusan sampah dan bau busuk.
    
   Tuntasnya, amalan kitar semula seperti saranan pihak kerajaan membawa kebaikan kepada semua pihak. Amalan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak bermula dari bawah, iaitu dari rumah kita sendiri. Usaha ini perlu ke arah melestarikan alam di negara kita. 

Wednesday 27 April 2011

Mengapa Pelajar Ponteng Sekolah

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa 50% pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng? Persoalan inilah yang akan dikupasdalam rencana ini disamping akan turut dicadangkan langkah-langkah menangani fenomena negatif ini.

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari disamping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Kurangnya pemantauan ibu bapa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan dating ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga meembuatkkan pelajar bosan lalau ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Yang lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Biar apapun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikarkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ? Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah Golongan remaja dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan dadah merupakan pemuda- pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka dalam alam khayalan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerajaan telah mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama.
Tindakan pencegahan dadah yang berkesan memerlukan penglibatan semua golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih bebas, terdedah kepada pengaruh asing dan mereka lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya. Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat. Untuk disanjung oleh kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan menghisap rokok dan dadah. Sekali mereka bermula, maka amat sukar bagi mereka memberhentikan amalan buruk ini. Masyarakat harus dididik sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang kotor dan tidak boleh disentuh. Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam hati sanubari mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda untuk mewujudkan satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.
Sebahagian besar penagih-penagih dadah di negara kita terdiri daripada golongan remaja antara 15-29 tahun. Antara sebab-sebab utama mereka ini menjadi penagih ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005 ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi kegiatan mereka.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan dadah.
Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan berfikiran rasional, mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan. Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung, AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit AIDS yang amat digeruni.
Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada terus hadir di Malaysia. Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.
Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.
Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.
Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan. Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya, apabila pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

Gejala Merokok

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.
Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.
Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat dikurangkan.
Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok. Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.
Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

Kebaikan Belajar Melalui Alam Maya

Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.

Faedah Melancong

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.
Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.

Karangan Peribahasa " Gengam bara api,biar sampai jadi abu"

Peribahasa ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan lima orang perempuan.
Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga. Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan.
Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak. Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan’.
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah.
Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini adalah basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya ‘Anugerah Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa ‘genggam bara api, biar sampai jadi abu’

Isu Pengangkutan Awam

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula.
Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

Katak Di Bawah Tempurung

Orang Melayu mempunyai pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan. Antaranya ialah kemahiran dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata bidalan, perumpamaan, pantun, peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak mendengar dan melihat peribahasa orang zaman dahulu. Antaranya ialah ‘kacang lupakan kulit’, ‘bagai isi dengan kuku’, ‘air dicincang tidak akan putus’, dan lain-lain. Semuanya sudah sinonim dan terkenal dengan masyarakat masa kini.
Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah ’seperti katak di bawah tempurung’. Peribahasa ini rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar.
Peribahasa ini bolehlah dikaitkan dengan satu kisah yang berlaku pada diri seorang wanita bernama Aminah. Dia tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia lebih kurang tiga tahun yang lain. Dia tidak hidup melarat kerana ayah dan ibunya telah meninggalkan harta yang banyak. Aminah seorang yang agak pendiam dan tidak mempunyai ramai kenalan. Dia cuma mengharapkan wang daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu bapanya untuk menyara kehidupannya. Wang daripada pajakan tanah sawah seluas lima relong, tanah kebun seluas lima hektar, rumah sewa sejumlah lima buah, serta rumah sendiri memberikan pendapatan yang lumayan. Aminah seorang yang pendiam dan jarang berbual. Dia tidak stika menonton televisyen atau membaca surat khabar. Oleh itu, sudah tentu dia tidak rnengetahui hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
Hari-hari yang dilalui oleh Aminah berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu hari dia didatangi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Osman. Dia datang menemui Arninah kerana dia hendak menjual tanah seluas empat hektar kepada Aminah. Alasannya ialah dia tidak mahu tanah itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Aminah yang berminat untuk rnembeli tanah tersebut telah meminta Osman menyerahkan geran tanah yang hendak dijual itu. Osman bersetuju lain pulang ke rumahnya Aminah berasa gembira kerana dia memang berhajat untuk membeli tanah itu untuk menambahkan hartanya. Malah, bagi Aminah dengan pembelian tanah itu dia rnampu untuk menambah pendapatan bulanannya.
Dua hari kemudian, Osman datang lagi bersama-sama dengan geran tanah yang dipinta oleh Arninah tempoh hari. Setelah ditunjukkan kepada Aminah, mereka berbincang tentang harga yang dipersetujui. Osman ingin menjual tanah tersebut sebanyak RM75,000.00 tetapi Aminah meminta dikurangkan kepada RM70,000.00 sahaja. Osman bersetuju lalu meminta bayaran sebanyak RM50,000.00 sebagai pendahuluan. Aminah memberitahu bahawa wangnya ada di bank. Lalu, Osman mencadangkan mereka pergi ke bank bersama-sama untuk mengambil wang tersebut. Aminah bersetuju dengan cadangan Osman untuk memberikan RM50,000.00 kepada Osman sebagai pendahuluan.
Bakinya pula akan diberi semasa membuat pertukaran nama pada geran nanti. Osman yang amat gembira dengan pemberian wang tersebut berjanji akan datang dengan segera untuk menyelesaikan hal pertukaran nama pada geran tanah tersebut. Aminah pun pulang dengan rasa senang hati kerana sudah harnpir pasti dia akan memiliki tanah itu.
Apabila hari yang dijanjikan, Aminah menunggu Osman di perkarangan Pejabat Tanah. Dia rnenanti dengan penuh harapan agar Osman muncul untuk menyelesaikan perkara itu. Tetapi hampir empat jam Aminah menunggu, namun bayang-bayang pun tidak kelihatan. ilia cuba menghubungi nombor telefon yang diberi oleh Osman namun ternyata nombor itu adalah palsu. Dia yang berasa tidak senang hati telah masuk ke dalam Pejabat Tanah dan meminta salah seorang daripada pegawai di situ rnenyemak geran tanah yang dikatakan milik Osman itu. Ternyata geran tanah itu adalah palsu. Pegawai itu menyatakan bahawa semua kakitangan sudah diberitahu tentang seorang lelaki yang menjalankan aktiviti penipuan penjualan tanah di serata tempat. Pihak mereka juga telah mengiklankan kegiatannya di akhbar-akllbar, televisyen, dan majalah.
Nyatalah Aminah ditipu dan dia menyesal kerana tidak mahu mengambil tabu tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya. Osman merupakan seorang penipu dan orang kampung sudah pun dimaklumkan mengenai kegiatannya. Aminah hampir pengsan mengenangkan nasibnya yang ditipu oleh Osman.
Kesimpulannya, kita perlulah mengambil iktibar tentang kejadian yang berlaku ke atas diri Aminah. Dari kisah tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa keadaan ini merupakan satu kerugian kepada kita. Biarlah kita menjadi seorang yang tabu segala yang berlaku di sekeliling kita. Janganlah menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’, kelak kita juga yang akan rugi.

Ucapan Hari Guru

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Pengetua, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada pagi yang mulia ini, saya merakamkan penghargaan kerana diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata pada majlis yang bermakna ini.
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.
Cikgu-cikgu yang dikasihi,
Pengorbanan guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan untuk kita lulus dalam menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi juga untuk membentuk akhlak kita untuk menjadi insa yang berhemah, tahu menghargai orang tua, dan mencintai tanah air kita. Sebab itulah setiap kali perhimpunan, para guru akan menegur kita sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan.
Guru ibarat ibu bapa kita. Guru telah diberi amanah oleh ibu bapa kita untuk memastikan kita menjadi seorang insane yang berguna di masa hadapan. Sepanjang kami berada di sekolah, mungkin ada tingkah laku kami yang melukakan hati cikgu. Saya mewakili teman-teman yang lain menyusun jari memohon ampun atas segala kesalahan yang kami telah lakukan. Ini adalah kerana kami merupakan anak remaja yang masih mencari identiti.
Para guru dan rakan-rakan yang disayangi,
Pada majlis ini, kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak.
Demikianlah serba sedikit ucapan dari anak muridmu di pagi yang mulia ini. Sebelum mengundur diri, ingin saya pohon beribu ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa lalu menyinggung perasaan cikgu-cikgu yang dikasihi.
Sekian.

Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”

Isu Pengangguran dan Cara Mengatasinya

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.

Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Langkah-langkah Mencegah Selesema H1N1 Di Negara Kita

Pandemik selesema H1N1 yang melanda dunia kini sungguh membimbangkan masyarakat dunia. Virus ini menyebabkan mangsa menghidapi selesema dan batukyang berpanjangan dan mampu membawa maut. Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk mencegah virus ini daripada terus merebak.
    
    Pertama, kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan kita dengan sabun basah dan air yang mencukupi. Amalkan kaedah membasuh tangan yang betul selepas ke tandas, sebelum makan, semasa menyediakan makanan dan pada bila-bila masa tangan kita kotor.
    
    Seterusnya, kita haruslah mengehadkan pergerakan kita ke tempat awam yang penuh dengan orang ramai seperti di pusat membeli-belah, stesen bas dan panggung wayang. Jika tidak dapat dielakkan daripada berada di tempat awam, pakailah penutup mulut dan hidung.
    
    Tuntasnya, pencegahan awal mampu menyelamatkan kita daripada dijangkiti virus berbahaya ini bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan.
  

Kepentingan Keperluan Asas


    Makan untuk hidup, bukan untuk makan, ujaran ini sering kita dengar kerana makanan merupakan salah satu keperluan asas kita untuk hidup. Keperluan asas yang lain ialah minuman, rumah, pakaian, dan ilmu pengetahuan. Mengapakah kita memerlukan segala keperluan asas?
    Kita memerlukan segala keperluan asas seperti makanan dan minuman untuk meneruskan hidup seharian. Jika kita tidak mendapat makanan dan minuman selama 14 hari maka kita akan mati kebuluran. Makanan dan minuman akan memberi kita kudrat untuk belajar dan bekerja sepanjang hari.
    Selain itu, untuk meneruskan hidup secara sempurna kita memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang berguna akan memandu kita ke arah jalan yang betul dari segi agama dan undag-undang.
    Konklusinya, keperluan asas penting untuk hidup dengan sempurna. Janganlah kita bersikap keterlaluan, terutama semasa makan kerana makan secara berlebihan selain daripada membazir akan membawa implikasi terhadap kesihatan. Tuhan juga membenci mereka yang bersikap membazir. 

Bagaimana Menghormati Warga Emas


Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Slogan ini sering dilaungkan dalm usaha negara menyemai semangat dalam kalangan belia untuk memajukan negara. Namun, itu tidak bermakna warga emas atau warga tua disisihkan  dalam hidup kita. Tanpa mereka tiadalah golongan belia pada hari ini. Warga emas harus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya melalui pelbagai cara.
    Kita dapat membuktikan rasa hormat kita kepada warga emas dengan memberikan perhatian kita kepada mereka. Pihak sekolah harus menggalakkan pelajar mengunjungi rumah orang tua-tua. Program Ibu Bapa Angkat wajar diwujudkan bagi mengubat kerinduan warga emas terhadap anak-anak atau cucu-cucu mereka. Melalui program ini pelajar akan dapat menyemai nilai hormat terhadap orang tua.
    Bukan itu sahaja cara kita menunjukkan penghargaanterhadap warga wmas. Sebagai anak, kita haruslah menjaga orang tua kita apabila mereka sudah tidak berdaya. Kita haruslah mencurahkan kasih sayang kepada mereka sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka sewaktu kita masih kecil. Hati mereka tidak boleh disakiti walau dalam apa jua keadaan.
    Tuntasnya, warga tua sememangnya amat penting dalam kehidupan kita semua. Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab, kita mesti berusaha untuk menyenangkan hati mereka agar kita tidak dikatakan bersikap seperti kacang lupakan kulit.



Tuesday 26 April 2011

Seni Mempertahankan Diri



        Pada zaman dahulu ilmu seni mempertahankan diri merupakan senjata utama untuk berjuang menentang seteru atau melindungi keselamatan diriserta keluarga. Dengan perkembangan teknologi, seni mempertahankan diri tidak lagi digunakan untuk bertempur semata-mata. Kini,seni ini turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai.
    Antara kepentingan seni mempertahankan diri ialah kita boleh menjadikannya sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan. Pergerakan serta langkah yang menjadi elemen seni mempertahankan diri mampu menggerakkan semua otot tubuh kita. Seni mempertahankan diri ‘tai-chi’ sebagai contoh amat popular dalam kalangan masyarakat kini.
    Pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung kepada kita dalam situasi yang mendesak. Peningkatan kes ragut, samun, dan rogol pada masa ini menuntut kita agar lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri.
    Seni mempertahankan diri menjadikan kita berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan seharian.
    Kesimpulannya, seni mempertahankan diri tidak harus diketepikan kerana amat relevan dengan kehidupan kita pada hari ini. Kita harus mempertahankannya agr seni yang unik ini tidak pupus ditelan zaman dan terus segar bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.  
    

Sunday 24 April 2011

The Role of a Teacher

   There is no denying the fact that the role of a teacher in a student's life is of great importance. Teachers make an impact on a student's life from the time he or she steps into s nursery school right up to the launching of his or her career. Indeed, their functions go way beyond the confines of the classroom.
   A teacher's role is primarily to facilities education. Good education is the foundation of a successful adult and a progressive nation. Teachers have the ability to develop a liking or dislike among their students for the subjects they teach. They are truly capable of inspiring students to develop their cognitive process and choose the right path in their pursuit of quality education.
   These days, more and more children grow up in households where both parents have to work. Thus children look to their teachers for help, guidance and advice. Although teachers cannot replace the role of parents, they play a crucial role in layingthe foundation for developing a child's personality.
   Teachers also play the role of a counsellor to students. They often become friends and confidants of students who need help with their personal problems. In the process, they help in the emotional development of students. When studentsfail to have a channel for venting their frustractin or discussing their feelingswith people at home, they will seck out the next figure of authority, namely their teacher.
   The role of a teacher, therefore, is not just limited to the imparting of knowledge to students. They also help to shape the bright future of the children under their care.
   
  

aspek kokurikulum !!~

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga.
Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagaisebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.