Followers

Friday 30 September 2011

PANDUAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH

Kesimpulannya, terdapat beberapa panduan yang kita ikuti sebelum memulakan perjalanan jauh untuk mengelakkan kemalangan.Biarpun berkelulusan universiti, tugas saya begitu mencabar. Bekerja di tengah lautan memakan masa sehingga dua minggu baru balik, menyelam hingga ke dasar laut yang tidak menentu dan tidak ketahuan apa yang bakal dihadapi. Semuanya dilakukan untuk menyara hidup sekeluarga. Apakah ada petua-petua tertentu bagi orang seperti saya yang perlu diikuti. - TAUFEK, Gombak


JAWAPAN:

Orang yang dalam perjalanan, tidak kira jauh atau dekat hakikatnya tidak berupaya menjangka apa yang akan berlaku. Mereka yang berjalan jauh tidak semestinya berhadapan dengan kesukaran, manakala mereka yang melakukan perjalanan dekat, yang sering dilakukan bukan mustahil berhadapan dengan masalah dan rintangan.

Segala-galanya bergantung kepada ketentuan Ilahi, yang lebih mengetahui rahsia qadak dan qadar-Nya. Amalan-amalan atau pedoman yang diajar dan dilakukan oleh baginda rasulullah merupakan iktibar yang perlu dijadikan panduan.

Apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan dalam batas-batas lingkaran syariah, ini bererti bahawa perlakuan tersebut merupakan ibadah. Dengan demikian, tingkah laku individu berkenaan itu terus-menerus terarah, dalam lingkaran batas-batas keredaan Allah, membolehkan seseorang itu terhindar daripada amalan-amalan maksiat, tidak meninggalkan ibadah harian yang diwajibkan, terutamanya ibadah sembahyang dan sebagainya, biarpun dia sedang berada dalam keadaan musafir.

Hadis daripada Anas berkata, seorang lelaki telah datang menemui nabi, lalu bertanya: Ya rasulullah, sesungguhnya aku hendak musafir, berilah bekalan padaku, nabi berdoa: Semoga Allah membekalkan dikau dengan takwa. Lelaki itu berkata lagi: Tambahkan lagi bekal bagiku. Baginda menambah: Semoga Dia mengampuni dosamu. Lagi sekali lelaki itu berkata: Tambahkan lagi. Baginda berdoa: Semoga Dia memudahkan kebaikan padamu, biar di mana anda berada. - Hadis Hasan riwayat Tarmizi.

Orang yang bertekad musafir perlu mendapat maklumat mengenai tempat yang dituju. Bagaimana mengendalikan pekerjaan yang akan dilakukan di tempat berkenaan. Andainya dia berniat menunaikan ibadat umrah misalnya, individu berkenaan perlu mendapat gambaran jelas tentang Mekah, Madinah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan ibadah itu sendiri.

Ini bererti bahawa dia memerlukan sumber untuk mendapatkan maklumat mengenainya, ataupun orang yang arif mengenainya. Begitu juga halnya dengan mereka yang melakukan perjalanan ke tempat-tempat lain, tidak kira sama ada pemergian tersebut semata-mata untuk bercuti, melancong ataupun untuk bekerja, menjalankan tugas kerajaan atau persendirian. Tentunya pemergian seperti ini memerlukan tindakan yang perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan negara berkenaan.

Orang yang melakukan perjalanan jauh, yang memakan masa yang panjang, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pasti masalah yang mungkin dihadapi juga bila waktu dia akan balik menemui kaum keluarga dinasihatkan agar:

1. Memperbanyakkan istighfar, taubat dan memohon perlindungan atau pertolongan Allah s.w.t.

2. Melakukan sembahyang istikharah sebelum itu, sekiranya tidak pasti sama ada dia perlu pergi atau tidak.

3. Melengkapkan diri dengan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tempat yang dituju dan menyempurnakan segala keperluan yang berkaitan.     Post by: NURUL ASMA IZWANI

No comments:

Post a Comment