Followers

Friday 30 September 2011

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI GEJALA PEMBUANGAN BAYI

Gejala pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat amat berleluasa sehingga kini. Hal ini demikian kerana, segelintir masyarakat sering melakukan perkara maksiat bersama teman lelaki dan akan menggugurkan bayi tersebut lalu membuangnya di dalam tong sampah dan sebagainya. Justeru itu, terdapat beberapa langkah yang diambil untuk mengatasi gejala pembuangan bayi ini.Pembuangan bayi semakin mendapat perhatian serius daripada masyarakat. Dalam sesi parlimen baru-baru ini (29 Jun 2010), YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu mengemukakan soalan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, Dan Masyarakat mengenai isu ini dan mendapat jawapan bertulis daripada pihak kementerian. Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah:

(a) Berapakah kes pembuangan bayi daripada tahun 2005 – 2009 dan tindakan pihak Kementerian ke atas ibu bapa yang dikenal pasti terlibat dalam pembangunan bayi dan

(b) apakah tindakan lanjut yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi.

Untuk soalan pertama, mengikut statistic Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka dengan 2 dan 3 kes masing-masing.

Di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 317, ibu bapa yang terlibat melakukan pembuangan bayi boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-dua dan Seksyen 318 Kanun yang sama juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau dengan keduanya sekali bagi kesalahan membuang bayi yang telah mati.

Dalam soalan kedua, pihak kementerian menyatakan pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berperanan untuk menyelamat dan member perlindungan kepada bayi dibuang yang didapati masih hidup termasuklah melalui penyediaan tempat-tempat perlindungan kepada bayi-bayi tersebut. Kementerian mempunyai 55 buah institusi kebajikan, 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 55 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia menerima bayi-bayi tersebut yang memerlukan perlindungan. Selain itu, tindakan lanjut yang diambil oleh JKM terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 melalui Program Anak Pelihara.

Megikut kementerian, bayi yang tidak dituntut oleh ibu bapa akan ditawarkan untuk dijadikan anak pelihara kepada pemohon yang memohon anak pelihara. Tawaran akan dibuat bagi mereka yang benar-benar layak dan dapat member penjagaan dan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak serta berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM. Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan ibu bapa pelihara perlu memelihara kanak-kanak bagi tempoh dua tahun sebelum bayi dijadikan anak angkat sekiranya pemohon ingin berbuat demikian. Status anak pelihara akan kekal sekiranya ibu bapa pelihara enggan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat. Proses permohonan dan kelulusan untuk menjadikan kanak-kanak sebagai anak angkat adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Selain itu, kerjasama dengan NGO juga diwujudkan untuk menempatkan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun melalui Program Anak Pelihara. Pemantauan sentiasa dijalankan oleh JKM sama ada urusan penyerahan kanak-kanak tersebut dilaksanakan oleh JKM sendiri mahupun NGO untuk memastikan kanak-kanak diberi penjagaan dan perlindungan selaras dengan ketetapan Konvensyen Bagi Hak Kanak-kanak.             Post by; NURUL ASMA IZWANI

No comments:

Post a Comment