Followers

Friday 30 September 2011

Kebersihan menjaga tandas awam

Kebersihan tandas awam  hendaklah di jaga oleh seluruh rakyat Malaysia .Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan tandas tersumbat oleh tisu-tisu dan sebagainya. Justeru itu, periharalah tandas awam dengan sebaik mungkin.MARILAH kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar taqwa, dengan mengerjakan segala apa jua suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa jua larangan-Nya. Dengan cara ini kita pasti mencapai ketenangan, keselamatan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Kesihatan adalah nikmat yang sangat berharga dan sepatutnya disyukuri dan dijaga dengan sebaik-baiknya. Tiada siapa pun yang mahu dirinya menderita sakit bahkan setiap orang mahu sihat walafiat sepanjang masa. Kerana itu sering dikatakan bahawa memiliki tubuh badan yang sihat adalah lebih berharga daripada memiliki harta yang banyak. Kesihatan sangat berkait rapat dengan kebersihan, baik kebersihan hati dan jiwa, mahupun kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal, tempat awam dan alam sekitar.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala amat suka kepada orang yang sentiasa dalam keadaan bersih sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Baqarah ayat 222 tafsirnya :

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri".

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Malik Al-Asyarie berkata : Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi : Suci itu sebahagian daripada iman"(Riwayat Al-Imam Muslim)

Melihat betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan manusia, maka agama Islam amat menitikberatkan kebersihan rohani mahupun jasmani. Kebersihan merupakan faktor yang utama sebelum melakukan sebarang pekerjaan khususnya sebelum melakukan ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala. Contohnya sebelum melakukan ibadat sembahyang, kita diwajibkan berwuduk terlebih dahulu dan ketika sembahyang kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih tubuh badan, pakaian dan tempat kita bersembahyang.

Perlu diingat bahawa kebersihan rohani juga memainkan peranan yang amat penting kerana dengan hati yang bersih sahajalah kita akan menjadi manusia yang berakhlak mulia dan berkeperibadian terpuji dan sentiasa bersedia menjaga kebersihan diri, makan minum, pakaian, tempat tinggal dan juga tempat-tempat awam.

Dalam konteks kebersihan ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam pada tahun 1427 Hijrah bersamaan 2006 Masihi, antara petikannya seperti berikut :

"Sekarang sudah terbukti bahawa wabak-wabak penyakit adalah turut berkaitan dengan faktor kebersihan. Kerana itu, di mana juga terdapat pencemaran atau keturunan yang teruk, di situlah amat berpotensi untuk menyebabkan wabak-wabak penyakit.

Berasaskan ini, maka adalah wajar kita di Negara Brunei Darussalam ini turut melihat perkara kebersihan itu sebagai perkara yang diberikan keutamaan.

Barangkali, terdapat pihak yang memandang perkara ini remeh dan tidak perlu dibesarkan. Pada hemat beta, ia bukanlah remeh tetapi asasi dan merupakan satu ciri revolusi sosial yang mendesak.

Biasanya, kebersihan itu sangat ditekankan untuk tempat-tempat awam seperti pasar-pasar. kaki-kaki lima di kedai-kedai, jalan raya, tempat-tempat membeli belah, termasuklah kedai makan dan restoran".

Ke arah usaha merealisasikan suasana dan keadaan bersih ini berjalan di negara kita, maka semua pihak perlu peka dan mempunyai inisiatif serta turut terlibat dalam apa jua usaha yang hendak dilaksanakan.

Pihak kerajaan dalam usahanya memastikan kebersihan tempat-tempat makan khususnya restoran-restoran, bahagian kawalan kualiti dan keselamatan makanan di Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pihak Lembaga Melesen telah pun mengambil inisiatif memantau status kebersihan di restoran-restoran di seluruh negara. Mana-mana restoran yang didapati tidak menjaga kebersihan mengikut yang ditetapkan akan diambil tindakan dengan diberi notis untuk menutup dan memberhentikan perniagaan.

Yang sebenarnya kita mahu semua aspek dalam keadaan bersih kerana kebersihan itu menjadi faktor utama kepada kesihatan. Tetapi pada kali ini biarlah kita memfokuskan tentang tandas awam kerana semua orang tahu tandas adalah tempat yang mudah terdapat kekotoran, apatah lagi jika tiada penjagaan dan sikap pengguna yang tidak bertanggungjawab, maka setentunya akan menimbulkan suasana yang tidak baik, kotor dan berbau busuk yang menyebabkan pengguna sendiri tidak sanggup untuk menggunakannya.

Maka bayangkan jika keadaan seumpama ini berlaku di tandas masjid, sudah tentu akan menimbulkan masalah dan ketidakselesaan kepada jemaah yang hendak menggunakannya.

Oleh yang demikian, sikap seorang individu itu adalah memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan membudayakan masyarakat pembersih suka kepada perkara-perkara yang baik dan benci kepada benda-benda yang kotor. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk bersama-sama pada menjaga kebersihan tandas-tandas awam termasuklah tandas-tandas masjid iaitu menggunakan dengan betul dan teratur walaupun terdapat pekerja yang membersihkan tandas-tandas berkenaan pada setiap masa agar kebersihan sentiasa terjamin demi kebaikan dan keselesaan bersama.

Firman Allah Subhanhu Wataala dalam Surah At Taubah ayat 108 tafsirnya :

"Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka mengambil berat membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)".       Post by: NURUL ASMA IZWANI

No comments:

Post a Comment